Jika anda pernah berkunjung ke Mumbai, India anda akan terserempak dengan kesibukan di stesen-stesen keretapi utamanya antara jam 11 pagi hingga 2 petang. Anda akan melihat bagaimana sibuknya para DABBAWALA menjunjung rak-rak kayu yang penuh dengan mangkuk tingkat.
Operasi dabbawala ini telah dianugerahkan ISO 2000 dan 6 Sigma iaitu satu tahap yang tidak banyak syarikat koperat memperolehinya.
SEJARAH :
Operasi Dabbawala bermula seawal tahun 1890, pada waktu itu Mumbai merupakan bandar yang kecil.
Pada masa itu, penghijrahan ke bandar baru sahaja bermula dan mereka memerlukan makanan dari rumah di tempat kerja. Mumbai merupakan bandar yang mengumpulkan pelbagai orang dari seluruh India, tetapi penduduk India Selatan menghendaki makanan mereka, manakala penduduk Gujarati juga mahukan makanan mereka. Perkhidmatan kami bermula dengan memenuhi kehendak mereka ini
Perkhidmatan penghantaran bukan sahaja dari rumah malah juga diambil daripada tukang masak dan dihantar ke pejabat.Perkhidmatan di Mumbai lebih mudah daripada Delhi kerana kedudukan yang berbeza
DABBAWALA:
Menghantar menu masakan dari rumah ke tempat kerja dan mengembalikan bekas mangkuk tingkat ke rumah semula dan sesetengahnya kepada tukang masak.
Operasi Dabbawala didukungi oleh lebih 5000 orang penghantar yang memulakan operasinya seawal pagi.
Makanan yang dimasak, akan diambil dari rumah dan tukang masak oleh Dabbawallah dan membawanya ke stesen keretapi yang berhampiran.
Setiap stesen, terdapat sekumpulan Dabbawala yang mengambil segera Dabbas(quickly take the dabbas) bertujuan untuk mengedar di kawasan tersebut dan yang meneruskan Dabbas (push in dabbas) bertujuan untuk pergi ke stesen yang lain.
Di sesebuah stesen mengambil masa selama 20 saat atau kurang dan demikian Dabbawalla bekerja dengan ketepatan dan kecepatanSetiap stesen,sekali lagi akan disusun mengikut tempat serta pejabat dan dibawa dengan menggunakan kereta sorong atau kadangkala diangkat oleh individu.
Kebanyakkan Dabbawala mengangkat sehingga 35kg untuk beberapa jarak kilometer
Bekas-bekas tadi ditinggalkan ditempat menyambut tetamu pejabat pada jam 12.30 tengah hari dan diambil semula ditempat yang sama oleh penghantar 2 jam kemudian
Bekas-bekas yang diambil dari pejabat, kemudiannya dibawa ke stesen terdekat dan disusun mengikut perjalanan ke rumah mereka.
Perkhidmatan pada tahap yang tertinggi dalam Sigma 6, dimana dalam setiap sejuta transaksi, hanya terdapat satu kesilapan.
Perkhidmatan ini hanya berjalan pada hari bekerja.
Setiap petugas adalah pemegang saham dalam unit Amanah dan berkongsi pendapatan. Setiap orang boleh mendapat kira-kira Rs 3,000 hingga 5,000.
Kumpulan Dabbawalla dapat bersatu padu dalam melaksanakan tugas nerat ini kerana mereka menghormati sesama bangsa, hubungan yang baik dan kuat
2 comments:
:: menarik... suatu tugas yang memerlukan komitmen para petugas yang bukan calang2 orang yang mampu melaksanakannya...
:: pernah menonton kisah ini di TV suatu ketika dulu...
good info nih.. sebelum nih aku tak tau diorang dipanggil 'dabbawala'. Anyway update la selalu dengan info yang macam nih... good,keep it up...
Adus bahasa apa pulak nih..? nasib baik biasa buat komen boleh la agak2...kui kui kui (nombre tu nama kan?)
Post a Comment