ikle

tett
Showing posts with label tauladan. Show all posts
Showing posts with label tauladan. Show all posts

Friday, March 6, 2009

Fadhilat Majlis Zikir
Pernah suatu ketika Rasulullah saw bersabda : "Allah Taala mempunyai malaikat yang ditugaskan mencari majlis zikir. Sebaik-baik saja mereka menjumpai, mereka duduk bersama-sama orang yang berzikir itu serta memanggil malaikat-malaikat yang lain. Mereka akan datang mengelilingi majlis zikir itu dengan sayap-sayapnya sehingga memenuhi ruang antara mereka dengan langit dunia.
Apabila majlis itu tamat, para malaikat akan naik kembali ke langit, lalu Allah bertanya kepada mereka : "Wahai para malaikat-Ku, dari mana kamu semua?." Jawab malaikat: "Ya Tuhan kami, sesungguh kami baru sahaja balik dari memeriksa hamba-hamba-Mu yang bertasbih, bertakbir, bertahlil dan bertahmid serta memohon kepada Mu." Allah berfirman: 'Wahai para malaikat-Ku, apakah yang mereka mintakan kepada-Ku?". Lantas malaikat menjawab: "Hamba-hamba-Mu itu memohon syurga dan dibebaskan daripada azab api neraka." Malaikat berkata lagi "Ya Allah, di antara mereka terdapat seorang hamba yang penuh dengan dosa." Maka Allah berfirman: "Orang itu pun aku ampuni, begitu juga dengan setiap orang yang terlibat dalam majlis itu tidak ada yang celaka."

:: Semoga aku menjadi orang yang seorang itu



:tsk:

Wednesday, May 14, 2008

Lelaki tua itu semakin lemah. Kudratnya sudah tiada. Penyakit demi penyakit bersarang dlm tubuhnya membuatkan lelaki itu tidak mampu lagi utk berdiri. Setiap hari yg termampu dilakukan hanyalah berbaring dan membilang baki hari yg akan dilaluinya. Keadaan lelaki tua itu menjengkelkan anaknya. Anak muda itu mengeluh kerana setiap hari sejak beberapa bulan bapanya terlantar, hanya dia seorang saja terpaksa berladang dan terpaksa menjaga binatang2 ternakan. Penat berladang, pulang ke rumah dia pula memasak, membasuh, mengemas rumah serta membantu bapanya yg tidak mampu menguruskan diri sendiri. Pling dibenci anak muda itu terpaksa mengurus kencing berak bapanya lantaran si ibu sudah beberapa tahun meninggal dunia. "Ah,tak guna langsung, menyusahkan saja..." keluh si anak yg tidak sanggup lagi menanggung beban menguruskan ayahnya. Kesabarannya hilang. Dia tidak mahu menggalas beban itu lebih lama lagi. Suatu hari si anak membuat satu keranda dari kayu dan membawanya balik ke rumah. Ketika itu ayahnya sedang tidur. Tanpa melengahkan masa si anak terus mengheret keranda ke bahagian anjung tempat ayahnya sedang berbaring. Perlahan2 tubuh tua ayahnya diangkat dan diletakkan ke dlm keranda kayu. Kemudian, ditutupnya kerandaitu. Anak muda mengheret keranda tersebut hinggalah ke tebing sebuah gaung yg dalam dan dipenuhi bongkah batu. Segala2nya akan berakhir sebentar lagi. Tetapi sewaktu hendak menolak keranda ke dalam gaung, tiba2 dia terdengar ketukan lemah dari dalam keranda. Lalu anak muda itu membukanya. Dalam keadaan terbaring lemah, lelaki tua memandang tepat ke dalam mata anaknya. "Ayah tau kau nak tolak ayah dari tebing ini," begitu payah si bapa mengeluarkan suaranya. "Boleh..kau boleh lakukannya, tapi ayah ada satu permintaan.."sambung lelaki tua dgn suara tersekat2 menahan sebak di dada. Si anak mengangguk, menyuruh bapanya meneruskan kata. "Kau boleh tolak ayah dari sini jika kau mahu, tapi simpanlah keranda ini baik-baik sebab anak mu juga memerlukan keranda ini suatu masa nanti," sambung si bapa.