ikle

tett

Thursday, December 16, 2010

gambar hiasan
kecanggihan kamera sekarang xdapat disangkal lagi..

gambaran pertama..dari kejauhan

cuba memfokus dekat sikit

haaa..ni clear sikit..tapi apa ada kt tingkap tu ye

ooo..pokok hiasan je..pokok ape ntah

xberapa nampak la..

opocot mak kau..!!!

Wednesday, December 15, 2010

Harian Metro 15dec2010-akibat kekejaman manusia

SIBU: Kasih anak kecil yang tidak mengerti apa sebenarnya berlaku menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kelaparan dan ditemui tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang sudah berulat dipercayai mati akibat dibunuh kira-kira tiga hari lalu di sebuah rumah teres di Jalan Hua Kee, di sini.Ketika ditemui jam 4.30 petang semalam, kanak-kanak itu duduk tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang terlentang di atas tilam dalam bilik tidur dengan kesan kecederaan di badan dan telinga kanan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Zamani Hamdan, berkata kanak-kanak berkenaan ditemui anggotanya yang bergegas ke lokasi selepas mendapat laporan pemilik rumah yang didiami wanita berumur 34 tahun itu apabila terhidu bau busuk.
Katanya, pemilik rumah itu pada mulanya ke rumah yang didiami ibu tunggal terbabit untuk memungut sewa bulanan sebelum curiga apabila panggilannya tidak berjawab sebelum terhidu bau busuk meloyakan daripada dalam rumah itu.

“Dia menghubungi polis yang kemudian membuka pintu dan menemui sekujur tubuh dalam keadaan sudah berulat terlentang di atas tilam di dalam bilik tidur.
“Di sisi mayat itu duduk seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan lemah kerana tidak makan dan minum sejak beberapa hari lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Zamani berkata, berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat itu, polis percaya wanita terbabit mati sejak tiga hari lalu dan kanak-kanak perempuan itu tetap menemani ibunya.
“Berdasarkan siasatan awal, kami menemui beberapa kesan kecederaan pada kepala dan telinga kanan mangsa dan tidak menolak kemungkinan wanita yang berasal dari Sibu itu mangsa pembunuhan.
“Bagaimanapun, kami masih menunggu laporan penuh bedah siasat ke atas mayat bagi mengetahui punca kematian wanita itu,” katanya.

Zamani berkata, kanak-kanak perempuan berkenaan dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut kerana dipercayai trauma dengan pengalaman yang dilaluinya dan keadaannya dilaporkan stabil.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa ke dalam kenderaan polis, semalam.

“Susulan penemuan mayat mangsa, polis menahan seorang lelaki yang juga bekas suaminya bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Tuesday, April 13, 2010

Bacalah

"Bagi tiap-tiap orang ada malaikat yang menjaganya bersilih ganti dari hadapan dan belakangnya yang mengawas dan menjaga (dari bahaya) dengan perintah Allah."
(Surah Ar-Ra'd : Ayat 11)

"Dan Allah mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu zahirkan."
(Surah An-Nahl : Ayat 19)

"Dan Dia lah menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya kejadian siang dan malam itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah."
(Surah Yunus : Ayat 67)

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sesekali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu."
(Surah Al-Hajj : Ayat 37)

"Dan Dia lah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut, dan dapat pula mengeluarkan perhiasan-perhiasan untuk kalian memakainya."
(Surah An-Nahl : Ayat 14)

"Dan ingatlah bahawa sesiapa yang tidak beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka sesungguhnya Kami sediakan bagi orang kafir itu api Neraka yang menjulang-julang."
(Surah Al-Fath : Ayat 13)

"(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (tidak berdasarkan iman dan taqwa) ibarat permainan dan hiburan. Jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan pahala amalan kamu dan ia tidak meminta pun harta benda kamu."
(Surah Muhammad : Ayat 36)

"Dan berkatalah orang-orang yang berada di dalam neraka kepada malaikat-malaikat penjaga Neraka jahanam "Pohonlah kepada tuhan kamu supaya ia mengurangkan sedikit azab seksa kepada kami barang sehari."
(Surah Al-Mukmin : Ayat 49)