ikle

tett

Tuesday, June 24, 2008

Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.

sumber dari emel
:okay::wave:

Friday, June 13, 2008

kisah petang jumaat..

Ada 3 lelaki yang sangat suka berkahak. Sekejap2, khaaagh! Ptuih!. Sekejap, hhargghh! Ptuih! Sudahlah berlendir hijau, banyak pulaktu! Lau kt kedai makan mesti dh kena penerajang.haha.. Lalu, pada suatu hari 3 lelaki ini terfikir, apa kata kalau mereka lawan berkahak..siapa paling banyak? "SETUJUUUU!!" mereka menjwb serontak. "Okeh, aku mula dulu. Gerenti engkau berdua xboleh lawan," kata A. Lalu dia pon mengeluarkan kahak yang berkapok di kerongkongnya. HHRRGGHHHH...KGRHUUUKKKKkK...PTUUUIH!! Selonggok kahak hijau bertempek pada tembok. Besar duit 50sen. "Eleh..ingat banyak, rupanya ciput je," kata B lalu ketawa berdekah2. Sekarang giliran C. Dia pun mengeruh2, mengeluarkan segala kahak dari dalam dada dan kerongkongnya...lalu GRHHHHF KKHHOOKKGFUC..PTUITHHH!! Besak muka cawan! Hilang terus kahak A tadi ditempeknya. Kini giliran C pulak...
Bolehkah dia menewaskan A dan B? Sambil senyum C menyedut kahak2 hijau A dan B tadi, ZZSSRUUUTTTT!!! kemudian hhhggrhhkkkk (berkahak semula campur dengan kahaknya dan PPPTIUUUH!!! Besar pinggan! A dan B terus pengsan...hhhhhahhahahaha
:okay::wave:

Wednesday, June 11, 2008

Sesekali elok kalau kita baca fakta2 ringkas, padat tapi menariks. Hati rasa seronok, banyak dapat ilmu dan fikiran pun tenang. Fakta di bawah ini kami sediakan untuk anda relakskan fikiran. Mari baca..
1. Tengok zip seluar anda. Eh bukan suruh bukak, tapi perahatikan jer..ada tak tulisan YKK? Untuk pengetahuan anda..YKK bermaksud Yoshida Kogya Kabushibibaisha..pengeluar zip terbesar di dunia.

2. Anda ada berapa orang anak? Betulkah semua anak anda? Pasti? Cuba selidik lagi sebab ada kajianmendapati daripada sekian banyak kelahirandi seluruh dunia, purata 12 bayi telah disalah serah kepada orang lain..

3. Jangan bagi anjing makan coklat sebab makanan itu boleh memberi kesan buruk kepada jantung dan sistem sarafnya. Beberapa gram coklat saja cukup untuk menamatkan riwayat haiwan tersebut.

4. Semua orang suka kicap..tapi 99.9 peratus drp kita pasti terperanjat kalau diberitau pada 1830an, kicap dijual sebagai ubat.

5. Sekiranya Tom Hanks dan Nicole Kidman menerima Oscar semasa Perang Dunia Ke2, mereka cuma akan mendapat Oscar yang diperbuat drp kayu sebab ketika itu logam sangat sukar diperolehi.

6. Ubat penghalau nyamuk (repellant) bukannya bertindakmenghalau serangga itu tapi macam magik..ia mengghaibkan penggunanya. Semburan ubat itu menghalang pancaindera nyamuk drp mengesan anda.

7. Msauk ke tandas selepas habis baca fakta ini, bawa pita pengukur dan ukur jarak berus gigi anda dengan mangkuk tandas. Kenapa? Sebabnya, pakar pergigian menasihatkan letak berus gigi sekurang2nya 2 meter dari tandas bagi mengelakkannya dihinggapi paratikel kotor yang tersebar semasa ia dipam. Bayangkanlah kalau anda baru lepas buang ayak besak..huhu

8. Bintang bola keranjang Michael Jordan meneriama gaji USD20juta (RM76juta) setahun selaku model pakaian sukan Nike. Jumlah itu melebihi gaji yang diterima oleh pekerja sarikat berkenaan di Malaysia.

9. Tip untuk lepaskan diri bila digigit buaya..senang je..cucuk biji matanya..Tu pun kalau sempat..

10. Mari kami (bukan saya)ajar anda keajaiban matematik. Ambil kalkulator, tekan nombor 111,111,111 darab 111,111,111. Anda akan mendapat jawapan 12,345,678,987,654,321.

11. Nama paling banyak digunakan di dunia ialah Muhammad!!

12. Kami bukanlah suruh anda untuk bunuh/siksa binatang..tapi bagi membuktikan keajaiban ciptaan Tuhan..cuba ambil seekor lipas..cabut kepalanya. Serangga busuk itu boleh hidup hingga 10hari kemudian..

13. Produk pertama menggunakan kod bar ialah Wrigley Gum. Pemilik asal syarikat rokok Marlboro mati kerana kanser paru2 dan wanita Eropah tidak pakai seluar dalam hinggalah pada awal 1900an..(lau pakai kain batik..jgn la cuba2 panjat pokok)

14. Beritahu anak2 anda yang asyik mbermain yoyo sampai tak hengat rumah, suatu masa dahulu penduduk Filipina menggunakan benda bulat bertali itu sebagai senjata.

15. Otak lebih aktif semasa tidur berbanding menon tv..terdapat lebih banyak ayam berbanding manusia dan Marilyn Monroe ada 6 jari pada setiap kakinya.

16. Kalau anda sedar, kuku jari tengah sebenarnya lebih cepat panjang berbanding jari2 lain.
17. Kalau anda bela itik..pergi tengok cepat. Dengar ia berbinyi..KUEK!KUEK!KUEK!. Untuk pengetahuan anda..tidak seperti bunyi2 lain, bunyi menguek itu tidak bergema. Sampek skg tiada siapa tahu sebabnya.

18. Andainya kedua2 belah tangan anda menulisdan melukis serentk, anda setaraf dengan Leonardo da Vinci dan nama anda wajar dicatatkan dalam fakta2 menarik seperti ini.

19. Satu lagi tentang da Vinci..betul, dia mencipta gunting tapi pelik, da Vinci mengambil masa 10 tahun untuk menyiapkan bibir mongel monalisa. Kenapa ek?

20. WAACAAA!! Gerakan tangan dan kaki Bruce Lee semasa menumbuk dan menendang terlalu pantas hingga filem terpaksa diperlahankan supaya penonton dapat melihat pergerakannya. Ini bertentangan dengan aksi pelakon sekarang yang terpaksa dilajukan untuk memberi kesan dan gerakan lebih menakjubkan.

21. Bukan mudah untuk mendapat idea kreatif, kalau tidak tak mungkin Beethoven sampai terpaksa curah ais atas kepalanya sebelum mengubah muzik.

mereka yg membaca hingga fakta terakhir ini adalah orang yang sukakan ilmu dan gembira dgn apa yg telah dibaca. Betol tak?

sumber : mastika

:okay::wave:

Saturday, June 7, 2008

kepenatan dan tidok lena..

Kepenatan selepas seharian bekerja adalah perkara biasa. Ia akan hilang selepas tidur lena pada sebelah malam. Kepenatan itu menyihatkan sebab ia merangsang peredaran darah, menyegarkan fizikal serta menajamkan mental. Selain letih bekerja, kepenatan juga boleh berpunca daripada faktor2 organikseperti mengambil makanan yag tidak betul dan seimbang. Ini menyebabkan anda kekurangan neutrien penting bagi tubuh seperti protien, vitamin, mineral atau kalori. Faktor ke3 menyebabkan keletihanialah depresi mental dan emosi, bertitik tolak apabila seseorang itu berasa bosan, kesunyian, putus asa atau tertekan. Jika ini berlaku, buatlah pemeriksaan perubatan dengan mengesampingkan raktor organik. Apabila penat atau bosan kerana faktor mental dan emosi, janganlah anggap yang anda perlukan rehat atau tidur. Apa yang anda perlukan sebenarnya ialah senaman dan aktiviti2 kreatif.
:okay::devilishgrin::wave:

Thursday, June 5, 2008

Info

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua..ilmu ni pon dpt dr emel org..

Ini fasal makanan yg kita makan sehari2 adalah penawar dan juga racun pada tubuh kita. Apa yang kita makan adalah apa penyakit yang kita hadapi. Kadang-kadang penyakit yang kita hadapi adalah dari amalan permakanan yang 10 tahun lepas.
Kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdul lah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN
akan mendapat penyakit kulit, panau, dll

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa.....Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya. ......

WallahuA'lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.
:woooh::wave:

Tuesday, June 3, 2008

Cerita Dabbawala di India..

Jika anda pernah berkunjung ke Mumbai, India anda akan terserempak dengan kesibukan di stesen-stesen keretapi utamanya antara jam 11 pagi hingga 2 petang. Anda akan melihat bagaimana sibuknya para DABBAWALA menjunjung rak-rak kayu yang penuh dengan mangkuk tingkat.

Operasi dabbawala ini telah dianugerahkan ISO 2000 dan 6 Sigma iaitu satu tahap yang tidak banyak syarikat koperat memperolehinya.

SEJARAH :
Operasi Dabbawala bermula seawal tahun 1890, pada waktu itu Mumbai merupakan bandar yang kecil.
Pada masa itu, penghijrahan ke bandar baru sahaja bermula dan mereka memerlukan makanan dari rumah di tempat kerja. Mumbai merupakan bandar yang mengumpulkan pelbagai orang dari seluruh India, tetapi penduduk India Selatan menghendaki makanan mereka, manakala penduduk Gujarati juga mahukan makanan mereka. Perkhidmatan kami bermula dengan memenuhi kehendak mereka ini
Perkhidmatan penghantaran bukan sahaja dari rumah malah juga diambil daripada tukang masak dan dihantar ke pejabat.
Perkhidmatan di Mumbai lebih mudah daripada Delhi kerana kedudukan yang berbeza
DABBAWALA:
Menghantar menu masakan dari rumah ke tempat kerja dan mengembalikan bekas mangkuk tingkat ke rumah semula dan sesetengahnya kepada tukang masak.
Operasi Dabbawala didukungi oleh lebih 5000 orang penghantar yang memulakan operasinya seawal pagi.
Makanan yang dimasak, akan diambil dari rumah dan tukang masak oleh Dabbawallah dan membawanya ke stesen keretapi yang berhampiran.
Setiap stesen, terdapat sekumpulan Dabbawala yang mengambil segera Dabbas(quickly take the dabbas) bertujuan untuk mengedar di kawasan tersebut dan yang meneruskan Dabbas (push in dabbas) bertujuan untuk pergi ke stesen yang lain.
Di sesebuah stesen mengambil masa selama 20 saat atau kurang dan demikian Dabbawalla bekerja dengan ketepatan dan kecepatan
Setiap stesen,sekali lagi akan disusun mengikut tempat serta pejabat dan dibawa dengan menggunakan kereta sorong atau kadangkala diangkat oleh individu.
Kebanyakkan Dabbawala mengangkat sehingga 35kg untuk beberapa jarak kilometer
Bekas-bekas tadi ditinggalkan ditempat menyambut tetamu pejabat pada jam 12.30 tengah hari dan diambil semula ditempat yang sama oleh penghantar 2 jam kemudian
Bekas-bekas yang diambil dari pejabat, kemudiannya dibawa ke stesen terdekat dan disusun mengikut perjalanan ke rumah mereka.
Perkhidmatan pada tahap yang tertinggi dalam Sigma 6, dimana dalam setiap sejuta transaksi, hanya terdapat satu kesilapan.
Perkhidmatan ini hanya berjalan pada hari bekerja.
Setiap petugas adalah pemegang saham dalam unit Amanah dan berkongsi pendapatan. Setiap orang boleh mendapat kira-kira Rs 3,000 hingga 5,000.
Kumpulan Dabbawalla dapat bersatu padu dalam melaksanakan tugas nerat ini kerana mereka menghormati sesama bangsa, hubungan yang baik dan kuat
Laman web mereka ialah di http://www.mydabbawala.com/

lihat bagaimana dabbawala beroperasi..
:hi::okay::wave: