ikle

tett

Thursday, October 23, 2008

Lawak petang khamis mlm jumaat..

Saya (bukan nama sebenar) dan isteri telah pergi melawat ke satu ladang lembu dan kami berhenti di setiap kandang tempat lembu lembu di biak.

Kami sampai di kandang pertama dan ada satu papan tanda yang di letakkan yang menyatakan,

LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 50 KALI TAHUN LEPAS.
Isteri saya secara jenaka mencuit saya dan dalam senyum berkata :
'Dia mengawan 50 kali tahun lepas.'

Kami kemudian pergi ke kandang kedua yang ada papan tanda berikut :
''LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 150 KALI TAHUN LEPAS '

Sekali lagi isteri saya mencuit saya dan berkata :,
'WOW~~Itu dah lebih dari dua kali seminggu..........Abang boleh belajar banyak dari dia .'
Kami berjalan pula ke kandang seterusnya dan di situ ada papan tanda dalam huruf besar yang menyatakan :

'LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 365 KALI TAHUN LEPAS'

Isteri saya menjadi girang dan mencuit saya dengan kuat dan berkata :
'Itu bermakna sekali setiap hari .... Abang MEMANG boleh belajar banyak dari lembu jantan ini " !!!

Saya pun pandang isteri saya dan berkata kepada nya,"

'Awak pergi tanya lembu jantan ini, selama 365 hari itu, adakah dengan LEMBU BETINA TUA YANG SAMA ??

wawawawawawakakaka...
:ahaha::wave:

Thursday, September 18, 2008

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN
belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"
maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".
Maka raja pun terdiam..... Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:
"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas"....


:puppyeyes::ahaha::okay:

Tuesday, June 24, 2008

Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.

sumber dari emel
:okay::wave:

Friday, June 13, 2008

kisah petang jumaat..

Ada 3 lelaki yang sangat suka berkahak. Sekejap2, khaaagh! Ptuih!. Sekejap, hhargghh! Ptuih! Sudahlah berlendir hijau, banyak pulaktu! Lau kt kedai makan mesti dh kena penerajang.haha.. Lalu, pada suatu hari 3 lelaki ini terfikir, apa kata kalau mereka lawan berkahak..siapa paling banyak? "SETUJUUUU!!" mereka menjwb serontak. "Okeh, aku mula dulu. Gerenti engkau berdua xboleh lawan," kata A. Lalu dia pon mengeluarkan kahak yang berkapok di kerongkongnya. HHRRGGHHHH...KGRHUUUKKKKkK...PTUUUIH!! Selonggok kahak hijau bertempek pada tembok. Besar duit 50sen. "Eleh..ingat banyak, rupanya ciput je," kata B lalu ketawa berdekah2. Sekarang giliran C. Dia pun mengeruh2, mengeluarkan segala kahak dari dalam dada dan kerongkongnya...lalu GRHHHHF KKHHOOKKGFUC..PTUITHHH!! Besak muka cawan! Hilang terus kahak A tadi ditempeknya. Kini giliran C pulak...
Bolehkah dia menewaskan A dan B? Sambil senyum C menyedut kahak2 hijau A dan B tadi, ZZSSRUUUTTTT!!! kemudian hhhggrhhkkkk (berkahak semula campur dengan kahaknya dan PPPTIUUUH!!! Besar pinggan! A dan B terus pengsan...hhhhhahhahahaha
:okay::wave:

Wednesday, June 11, 2008

Sesekali elok kalau kita baca fakta2 ringkas, padat tapi menariks. Hati rasa seronok, banyak dapat ilmu dan fikiran pun tenang. Fakta di bawah ini kami sediakan untuk anda relakskan fikiran. Mari baca..
1. Tengok zip seluar anda. Eh bukan suruh bukak, tapi perahatikan jer..ada tak tulisan YKK? Untuk pengetahuan anda..YKK bermaksud Yoshida Kogya Kabushibibaisha..pengeluar zip terbesar di dunia.

2. Anda ada berapa orang anak? Betulkah semua anak anda? Pasti? Cuba selidik lagi sebab ada kajianmendapati daripada sekian banyak kelahirandi seluruh dunia, purata 12 bayi telah disalah serah kepada orang lain..

3. Jangan bagi anjing makan coklat sebab makanan itu boleh memberi kesan buruk kepada jantung dan sistem sarafnya. Beberapa gram coklat saja cukup untuk menamatkan riwayat haiwan tersebut.

4. Semua orang suka kicap..tapi 99.9 peratus drp kita pasti terperanjat kalau diberitau pada 1830an, kicap dijual sebagai ubat.

5. Sekiranya Tom Hanks dan Nicole Kidman menerima Oscar semasa Perang Dunia Ke2, mereka cuma akan mendapat Oscar yang diperbuat drp kayu sebab ketika itu logam sangat sukar diperolehi.

6. Ubat penghalau nyamuk (repellant) bukannya bertindakmenghalau serangga itu tapi macam magik..ia mengghaibkan penggunanya. Semburan ubat itu menghalang pancaindera nyamuk drp mengesan anda.

7. Msauk ke tandas selepas habis baca fakta ini, bawa pita pengukur dan ukur jarak berus gigi anda dengan mangkuk tandas. Kenapa? Sebabnya, pakar pergigian menasihatkan letak berus gigi sekurang2nya 2 meter dari tandas bagi mengelakkannya dihinggapi paratikel kotor yang tersebar semasa ia dipam. Bayangkanlah kalau anda baru lepas buang ayak besak..huhu

8. Bintang bola keranjang Michael Jordan meneriama gaji USD20juta (RM76juta) setahun selaku model pakaian sukan Nike. Jumlah itu melebihi gaji yang diterima oleh pekerja sarikat berkenaan di Malaysia.

9. Tip untuk lepaskan diri bila digigit buaya..senang je..cucuk biji matanya..Tu pun kalau sempat..

10. Mari kami (bukan saya)ajar anda keajaiban matematik. Ambil kalkulator, tekan nombor 111,111,111 darab 111,111,111. Anda akan mendapat jawapan 12,345,678,987,654,321.

11. Nama paling banyak digunakan di dunia ialah Muhammad!!

12. Kami bukanlah suruh anda untuk bunuh/siksa binatang..tapi bagi membuktikan keajaiban ciptaan Tuhan..cuba ambil seekor lipas..cabut kepalanya. Serangga busuk itu boleh hidup hingga 10hari kemudian..

13. Produk pertama menggunakan kod bar ialah Wrigley Gum. Pemilik asal syarikat rokok Marlboro mati kerana kanser paru2 dan wanita Eropah tidak pakai seluar dalam hinggalah pada awal 1900an..(lau pakai kain batik..jgn la cuba2 panjat pokok)

14. Beritahu anak2 anda yang asyik mbermain yoyo sampai tak hengat rumah, suatu masa dahulu penduduk Filipina menggunakan benda bulat bertali itu sebagai senjata.

15. Otak lebih aktif semasa tidur berbanding menon tv..terdapat lebih banyak ayam berbanding manusia dan Marilyn Monroe ada 6 jari pada setiap kakinya.

16. Kalau anda sedar, kuku jari tengah sebenarnya lebih cepat panjang berbanding jari2 lain.
17. Kalau anda bela itik..pergi tengok cepat. Dengar ia berbinyi..KUEK!KUEK!KUEK!. Untuk pengetahuan anda..tidak seperti bunyi2 lain, bunyi menguek itu tidak bergema. Sampek skg tiada siapa tahu sebabnya.

18. Andainya kedua2 belah tangan anda menulisdan melukis serentk, anda setaraf dengan Leonardo da Vinci dan nama anda wajar dicatatkan dalam fakta2 menarik seperti ini.

19. Satu lagi tentang da Vinci..betul, dia mencipta gunting tapi pelik, da Vinci mengambil masa 10 tahun untuk menyiapkan bibir mongel monalisa. Kenapa ek?

20. WAACAAA!! Gerakan tangan dan kaki Bruce Lee semasa menumbuk dan menendang terlalu pantas hingga filem terpaksa diperlahankan supaya penonton dapat melihat pergerakannya. Ini bertentangan dengan aksi pelakon sekarang yang terpaksa dilajukan untuk memberi kesan dan gerakan lebih menakjubkan.

21. Bukan mudah untuk mendapat idea kreatif, kalau tidak tak mungkin Beethoven sampai terpaksa curah ais atas kepalanya sebelum mengubah muzik.

mereka yg membaca hingga fakta terakhir ini adalah orang yang sukakan ilmu dan gembira dgn apa yg telah dibaca. Betol tak?

sumber : mastika

:okay::wave:

Saturday, June 7, 2008

kepenatan dan tidok lena..

Kepenatan selepas seharian bekerja adalah perkara biasa. Ia akan hilang selepas tidur lena pada sebelah malam. Kepenatan itu menyihatkan sebab ia merangsang peredaran darah, menyegarkan fizikal serta menajamkan mental. Selain letih bekerja, kepenatan juga boleh berpunca daripada faktor2 organikseperti mengambil makanan yag tidak betul dan seimbang. Ini menyebabkan anda kekurangan neutrien penting bagi tubuh seperti protien, vitamin, mineral atau kalori. Faktor ke3 menyebabkan keletihanialah depresi mental dan emosi, bertitik tolak apabila seseorang itu berasa bosan, kesunyian, putus asa atau tertekan. Jika ini berlaku, buatlah pemeriksaan perubatan dengan mengesampingkan raktor organik. Apabila penat atau bosan kerana faktor mental dan emosi, janganlah anggap yang anda perlukan rehat atau tidur. Apa yang anda perlukan sebenarnya ialah senaman dan aktiviti2 kreatif.
:okay::devilishgrin::wave:

Thursday, June 5, 2008

Info

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua..ilmu ni pon dpt dr emel org..

Ini fasal makanan yg kita makan sehari2 adalah penawar dan juga racun pada tubuh kita. Apa yang kita makan adalah apa penyakit yang kita hadapi. Kadang-kadang penyakit yang kita hadapi adalah dari amalan permakanan yang 10 tahun lepas.
Kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdul lah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN
akan mendapat penyakit kulit, panau, dll

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa.....Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya. ......

WallahuA'lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.
:woooh::wave:

Tuesday, June 3, 2008

Cerita Dabbawala di India..

Jika anda pernah berkunjung ke Mumbai, India anda akan terserempak dengan kesibukan di stesen-stesen keretapi utamanya antara jam 11 pagi hingga 2 petang. Anda akan melihat bagaimana sibuknya para DABBAWALA menjunjung rak-rak kayu yang penuh dengan mangkuk tingkat.

Operasi dabbawala ini telah dianugerahkan ISO 2000 dan 6 Sigma iaitu satu tahap yang tidak banyak syarikat koperat memperolehinya.

SEJARAH :
Operasi Dabbawala bermula seawal tahun 1890, pada waktu itu Mumbai merupakan bandar yang kecil.
Pada masa itu, penghijrahan ke bandar baru sahaja bermula dan mereka memerlukan makanan dari rumah di tempat kerja. Mumbai merupakan bandar yang mengumpulkan pelbagai orang dari seluruh India, tetapi penduduk India Selatan menghendaki makanan mereka, manakala penduduk Gujarati juga mahukan makanan mereka. Perkhidmatan kami bermula dengan memenuhi kehendak mereka ini
Perkhidmatan penghantaran bukan sahaja dari rumah malah juga diambil daripada tukang masak dan dihantar ke pejabat.
Perkhidmatan di Mumbai lebih mudah daripada Delhi kerana kedudukan yang berbeza
DABBAWALA:
Menghantar menu masakan dari rumah ke tempat kerja dan mengembalikan bekas mangkuk tingkat ke rumah semula dan sesetengahnya kepada tukang masak.
Operasi Dabbawala didukungi oleh lebih 5000 orang penghantar yang memulakan operasinya seawal pagi.
Makanan yang dimasak, akan diambil dari rumah dan tukang masak oleh Dabbawallah dan membawanya ke stesen keretapi yang berhampiran.
Setiap stesen, terdapat sekumpulan Dabbawala yang mengambil segera Dabbas(quickly take the dabbas) bertujuan untuk mengedar di kawasan tersebut dan yang meneruskan Dabbas (push in dabbas) bertujuan untuk pergi ke stesen yang lain.
Di sesebuah stesen mengambil masa selama 20 saat atau kurang dan demikian Dabbawalla bekerja dengan ketepatan dan kecepatan
Setiap stesen,sekali lagi akan disusun mengikut tempat serta pejabat dan dibawa dengan menggunakan kereta sorong atau kadangkala diangkat oleh individu.
Kebanyakkan Dabbawala mengangkat sehingga 35kg untuk beberapa jarak kilometer
Bekas-bekas tadi ditinggalkan ditempat menyambut tetamu pejabat pada jam 12.30 tengah hari dan diambil semula ditempat yang sama oleh penghantar 2 jam kemudian
Bekas-bekas yang diambil dari pejabat, kemudiannya dibawa ke stesen terdekat dan disusun mengikut perjalanan ke rumah mereka.
Perkhidmatan pada tahap yang tertinggi dalam Sigma 6, dimana dalam setiap sejuta transaksi, hanya terdapat satu kesilapan.
Perkhidmatan ini hanya berjalan pada hari bekerja.
Setiap petugas adalah pemegang saham dalam unit Amanah dan berkongsi pendapatan. Setiap orang boleh mendapat kira-kira Rs 3,000 hingga 5,000.
Kumpulan Dabbawalla dapat bersatu padu dalam melaksanakan tugas nerat ini kerana mereka menghormati sesama bangsa, hubungan yang baik dan kuat
Laman web mereka ialah di http://www.mydabbawala.com/

lihat bagaimana dabbawala beroperasi..
:hi::okay::wave:

Friday, May 30, 2008

Kalau anda menjerit berterusan selama 8 tahun, 7bulan dan 6hari, ini bermakna anda telah berjaya menghasilkan tenaga yg cukup utk memanaskan secawan kopi..Alahai
Wanita mengelip mata 2 kali lebih banyak berbanding lelaki.Pelik? Biasak arrrr....

10milimeter bersamaan dgn 1 sentimeter. 100 sentimeter bersamaan dgn 1 meter. 1000 meter disebut jg 1kilometer. Persoaalannya adakah sebutan lain utk sejuta meter? Jwpannya ada...1 micron

Kira2 51% drp penduduk dunia ialah wanita..(wa seronoknya) manakala 49% lg adala lelaki. Maaf, tidak ada peratus utk `jantina di tengah2'.

Jumlah organisma hidup yg terdpt pd kulit seseorg manusia lebih banyak berbanding jumlah seluruh manusia yg ada di mukabumi ini.

Org yg berambut perang mempunyai lebih byk rambut berbanding yg berambut hitam.

Hanya seorang drp 2bilion manusia yg mampu hidup sampai ke usia 116tahun atau lebih.Insyaallah

Harimau putih ditangkap buat pertama kalinya di Rewa, India pd tahun 1951.

Pengawal peribadi Napoleon Bonaparte yg paling terkenal ialah Rostom Raza (bukan Rostam Razak). Bapanya bernama Rustam Uinan, seorang pedagang. Rostom yg berdarah campuran Georgia dan Armenia diculik semasa kecil, kemudian dijual di Kaherah, Mesir utk dijadikan hamba. Pada 1778, seorang penguasa tempatan tlh menghadiahkan Rostom kepada Napoleon, maka bermulalah kehidupan anak muda itu sbg pengawal peribadi maharaja Peranchis tersebut. Rostom akhirnya menamatkan perkhidmatan beliau dgn maharaja itu pd 1814 apabila dia mendirikan rumahtangga dan enggan mengikut Napoleon yg dibuang ke Elba. Mungkin jg Rostom adalah antara org yg mendekatkan Napoleon kpd Islam hingga maharaja itu dikhabarkan memeluk agama tersebut.

Ketika sdg menderita akibat kanser, pemain tenis terkenal, Arthur Ashe menerima ribuan pucuk surat drp sahabat handai dan peminatnya di seluruh dunia. Salah seorg pengirim itu dlm suratnya mengeluh dan sekaligus bertanya kpd Arthur Ashe, "mengapakah tuhan telah memilih kamu utk menderita penyakit maut inr?" Kpd pertanyaan itu Arthur menjawab, "Drp 5bilion kanak2 yg bermain tenis , hnya 5juta sj yg belajar bagaimana hdk bermain tenis dgn baik. Drp 5juta kanak2 td, cuma 0.5% sj yg belajar utk bermain tenis secara profesional, 50000 menyertai pertandingan secara serius, 5000 terpilih menyertai grand slam, 50 org terpilih menyertai kejohanan Wimbledon, 4org sampai ke separuh akhir, 2 sampai ke final. Ketika saya menjulang Piala Wimbledon, tidak pernah saya bertanya, "Tuhan, kenapa aku yg Engkau pilih?" Kegembiraan membuat hidup anda menjadi indah manakala ujian yg dtg membuatkan anda menjadi kuat. Tapi Tuhan memberikan segala2nya.

sumber : mastika

:hi::woooh::wave:

Monday, May 26, 2008

KEAJAIBAN SEORANG IBU..
Bayi dilahirkan selepas 40minggu berada di dalam rahim ibunya. Pada bulan pertama, panjang janin kira2 satu ruas jari rangan. Bulan ke2, wajah, tangan, kaki dan jari2nya terbentuk. Pada bulan ke3, alat jantina mula kelihatan dan bulan ke4, ditiupkan roh ke dalam tubuhnya. Pada bulan ke5, debar jantungnya mula dapat dikesan. Demikianlah janin itu terus membesar, lengkap dengan organ2 dalamannya dan lahir selepas 9 bulan 10hari di dalam perut ibu. janin menempatkan kepalanya mengarah ke dinding rahim dengan sedikit ruang gerak agar ia dapat keluar (lahir) dengan mudah. Siapakah yang mengajar dan menempatkannya dalam keadaan demikian? Pastinya Dia Yang Maha Agung. Dr. Ahmad Muhamad Kan'an dalam ensiklopedia kedoktoran dan Fiqh berkata, 80 % ibu boleh melahirkan bayi tanpa dibantu oleh pihak lain. Selebihnya, 15% dengan bantuan manakala 5% lagi perlu dibedah. Seorang ibu memang akan berasa sakit semasa proses kontradiksi. Tetapi sekali lagi Yang Maha Esa membekalkan ibu dengan perasaan kasih dan sabar yang tiada bandingannya. Malah kesakitan itu dilupakan terus sebaik melihat bayinya selamat dilahirkan. Saat itu segala kesakitan hilang serta merta dan digantikan dengan perasaan gembira. Mereka menjaga bayi itu dengan penug rasa cinta. Malangnya apabila sudah besar, bukan semua anak menghargai pengorbanan dan kasih sayang ibu kepada mereka.

sumber : mastika

Siapa yang patut disembah
Suatu ketika, seorang raja bertanya kepada Nabi Ibrahim mengapa baginda tidak menyembah api seperti yg dilakukan oleh org2 lain pd zaman itu. Lalu jawab Nabi Ibrahim, "Bukankah air dapat memadamkannya?"
Raja : Kalau begitu kenapa engkau tidak menyembah air?
Nabi Ibrahim : Bukankah awan yg mengandungnya lebih kuat?
Raja : Jika demikian, sembahlah awan!
Nabi Ibrahim : Angin yg mengiring dan menolaknya lebih kuat!
Raja : Kalau demikian, engkau sembah lah angin!
Nabi Ibrahim : Manusia yg menyedut dan menghembuskannya lebih kuat drp angin. Tetapi manusia pun lemah, kerana itu yg wajar disembah adalah yg menciptakan semua itu, Pencipta langit dan bumi serta segala isinya..

sumber : mastika

:hi::wave:

Wednesday, May 21, 2008

PERMAISURI ANNE BOLEYN
Permaisuri Anne Boleyn adalah isteri ke2 Raja Henry VIII yg memerintah England. Permaisuri Anne adalah isteri yg plaing terkenal di antara ke enam2 isteri Raja Henry kerana beliau seorang yg baik hati dan suka bergaul dgn rakyatnya. Beliau adalah keturunan rakyat biasa yg merupakan bekas org gaji isteri pertama Raja Henry, Puteri Catherine dari Arogoon ketika Raja Henry jatuh cinta lalu melamarnya. Anne bukanlah gadis yg sgt jelita tetapi dia sebenarnya sgt cerdik dan berwibawa menguruskan hal2 pemintahan England. Anne ditabalkan menjadi permaisuri pd Jun 1533. Beliau akhirnya melahirkan Puteri Elizabethpd September dlm tahun yg sama. Bagaimanapun Raja Henry tidak berpuas hati kerana inginkan seorang anak lelaki. Permaisuri akhirnya dijatuhkanhukuman mati dgn dipancung atas tuduhan tidak mengikut perintah Raja Henry.

BUDAK KURANG ASAM
Seorang budak lelaki 15tahun di sebuah daerah di Atlanta dihukum membersihkan tandas di sebuah pawagam selama 100jam kerana dia di dapati berdiri dan kencing di beberapa tempat duduk di pawagam itu semasa menyaksikan filem Titanic. Pihak pengurusan telah membawa budak iyu ke balai polis dan dia mengaku akan kesalahannya kencing di tempat awam dan melakukan vandalisme.

INSURAN AISKRIM?xpenah dengar pon..
Banyak benda boleh di insurankan. Bukan saja kereta, rumah, nyawa dan harta benda lain juga turut diinsurankan pd zaman moden ini. Tetapi pernahkah anda dengaer tentang insuran aiskrim?. Di beberapa tempat di California setiap aiskrim yg anda beli itu diinsurankan. Ini bertujuanmengelakkan anda kerugian sekiranya aiskrim yg anda beli itu terjatuh. Ini bermakna anda akan mendapat yg baru sekiranya aiskrim yg anda beli terjatuh ke lantai atau tanah.emmm nk pecaya ke idan nih.

GILA WAYANG
Kajian di Amerika Syarikat telah membuktikan bahawa 90%drp penduduk negara itu akan pergi menonton wayang sekiranya sebuah filem yg besar dan bertaraf `blockbuster' ditayangkan. Tahun lalu (1997), kajian mengatakan bahawa 80% penduduk Amerika menonton 'The Lost World" di pawagam pd hari pertama tayangannya saja.

KHAMIS
Bagi Frederic dr Belgium, hari Khamis adalah hari yg plaing sial baginya. Frederic yg pernah dilanggar kereta pd hari Khamis beberapa tahun yg lalu menyebabkan dia koma dan terlantar di katil hospital selama 3 tahun. Apabila beliau terjaga drp koma pd hari Rabu tahun 1994, beliau terperanjat apabila mendapat tahu esoknya adalah hari Khamis. Beliau membunuh diri pd keesokan harinya dgn memotong pergelangan tangannya dgn pisau kerana menganggap hari Khamis merupakan hari yg sial yg tdk akan dihadapinya lagi.adeh.mengantuknyer gue..

sumber : mastika

:hi::inlove::wave:

Thursday, May 15, 2008

kiamat kecil..












Sedang kita bergembira di sini..tanah kelahiran Malaysia yg aman dan damai..ada
beberapa negara yg sedang berperang..xkira la perang saudara ke xsedara..kebuluran..dilanda ribut taufan..dan byk lg musibah(ujian ALLAH) pd umatnya..dn terbaru negara China dilanda gempa berskala 7.8ritcher













:: walaupon berlainan agama dn budaya..hamba tetap merasa kesedihannya...
dan aku sebenarnya bukan seorg. penulis yg baik dan titisan airmatah hamba hampir
tumpah di atas segenggam nasi yg hamba sedang makan..

Wednesday, May 14, 2008

Lelaki tua itu semakin lemah. Kudratnya sudah tiada. Penyakit demi penyakit bersarang dlm tubuhnya membuatkan lelaki itu tidak mampu lagi utk berdiri. Setiap hari yg termampu dilakukan hanyalah berbaring dan membilang baki hari yg akan dilaluinya. Keadaan lelaki tua itu menjengkelkan anaknya. Anak muda itu mengeluh kerana setiap hari sejak beberapa bulan bapanya terlantar, hanya dia seorang saja terpaksa berladang dan terpaksa menjaga binatang2 ternakan. Penat berladang, pulang ke rumah dia pula memasak, membasuh, mengemas rumah serta membantu bapanya yg tidak mampu menguruskan diri sendiri. Pling dibenci anak muda itu terpaksa mengurus kencing berak bapanya lantaran si ibu sudah beberapa tahun meninggal dunia. "Ah,tak guna langsung, menyusahkan saja..." keluh si anak yg tidak sanggup lagi menanggung beban menguruskan ayahnya. Kesabarannya hilang. Dia tidak mahu menggalas beban itu lebih lama lagi. Suatu hari si anak membuat satu keranda dari kayu dan membawanya balik ke rumah. Ketika itu ayahnya sedang tidur. Tanpa melengahkan masa si anak terus mengheret keranda ke bahagian anjung tempat ayahnya sedang berbaring. Perlahan2 tubuh tua ayahnya diangkat dan diletakkan ke dlm keranda kayu. Kemudian, ditutupnya kerandaitu. Anak muda mengheret keranda tersebut hinggalah ke tebing sebuah gaung yg dalam dan dipenuhi bongkah batu. Segala2nya akan berakhir sebentar lagi. Tetapi sewaktu hendak menolak keranda ke dalam gaung, tiba2 dia terdengar ketukan lemah dari dalam keranda. Lalu anak muda itu membukanya. Dalam keadaan terbaring lemah, lelaki tua memandang tepat ke dalam mata anaknya. "Ayah tau kau nak tolak ayah dari tebing ini," begitu payah si bapa mengeluarkan suaranya. "Boleh..kau boleh lakukannya, tapi ayah ada satu permintaan.."sambung lelaki tua dgn suara tersekat2 menahan sebak di dada. Si anak mengangguk, menyuruh bapanya meneruskan kata. "Kau boleh tolak ayah dari sini jika kau mahu, tapi simpanlah keranda ini baik-baik sebab anak mu juga memerlukan keranda ini suatu masa nanti," sambung si bapa.

Monday, May 12, 2008

:: Andreas Escobar tersungkur di parkir kereta. Teman wanitanya tergamam apabila pembunuh itu menjerit `GOL!' setiap kali tembakan dilepaskan. Escobar mati serta merta dgn 12 kesan tembakan di seluruh anggota. Insedin pd 2 julai 1994 itu berlaku di luar sebuah bar di pinggir bandar Medellin, Colombia. Escobar yg dilahirkan pd 13mac 1967, adalah salah seorang pemain pasukan Colombia dlm Piala Dunia 1994. Dia dibunuh akibat menjaringkan gol sendiri semasa menentang Amerika Syarikat dlm perlwnan ke2 kumpulan A. Perlawannan yg berlangsung pd 22jun1994 itu menyaksikan Amerika Syarikat mengalahkan Colombia, 2-1 dan kekalahan itu tidak lain tidak bukan disebabkan oleh jaringan sendiri oleh Escobar. Akibat kesilapannya..Colombia tersingkir awal. Pd jun 1995, Mahkamah Tinggi Columbia menjatuhkan hukuman penjara 43tahun ke atas pembunuh itu, Humberto Munoz Castro, seorang pengawal peribadi. Bagaimanapun hukuman itu dikurangkan kpd 26tahun dan Munoz dibebaskan pd 2005 kerana berkelakuan baik. Begitulah `kejamnya' Piala Dunia kpd peminat fanatiknya. Bagaimanapun, tragedi yg menimpa Andreas Escobar hanyalah cebisan kecil drp pelbagai insiden sejak pertandingan itu bermula 1930. Di bwh ini disenaraikan mcm2 kisah aneh, lucu dn menakjubkan yg berlaku sepanjang sejarah Piala Dunia.gol sendiri oleh Escobar yg menyebabkan kematiannya

:: Pada tahun 1960, Chile digemparkn dgn gempabumi dahsyat mengorbankan hampri 5000 nyawa.
Kepada kebanyakan org, saat itu adalah masa utk berkabung..tetapi Presiden FA Chile, Dittborn mempunyai fikiran berbeza. Dia menggunakan bencana tersebut sbg peluang keemasan utk melobi negaranya menjadi tuan rumah Piala Dunia, walaupun Argentina merupakan calon yg dianngap paling layak. Kempen Dittborn berjaya apabila FIFA mengisytiharkan Chile sebagai penganjur Piala Dunia 1962. ittborn apabila ditanya perasaannya berkata : "Kita sudah tiasa apa2...sebab iotulah kita perlu "memiliki" Piala Dunia.

:: India menarik diri drp pusingan kelayakan Piala Dunia pd 1950 setelah FIFA mengumumkan bahawa pemain diwajibkan memakai kasut bola sedangkan mereka gemar berkaki ayam..

:: Pemain legenda England, Bobby Moore sebenarnya berperang dgn penyakit kanser seblum beliau beraksi dn seterusnya memenangi Piala Dunia 1996. Penyakit itu Moore rahsiakan dn diketahui setelah beliau meninggal disebabkan penyakit berkenaan pd 1993.

:: Trofi Piala Dunia, `Jules Rimet Trophy', yg dicuri pd Mac1966, berjaya ditemui
semula oleh seekor anjing bernama Pickles dlm kaw semak di Beulah Hill, London..4bulan sblm pertandingan itu berlangsung. Anjing yg sedang bersiar2 bersama tuannya itu menemui piala tersebut dlm sebuah bungkusan yg dibalut surat khabar seleps seminggu dilaporkan hilang sewaktu dipoamirkan di Stampex Exhidition di Central Hall, Westminster London.

:: Pd piala dunia 1982 di jerman, Enzo Bearzot, jurulatih pasukan Itali dikeritik hebat kerana menyenaraikan Paolo Rossi yg baru sj selesai menjalani hukuman atas kesalahan rasuah. Kritikan ke atas Bearzot bertambah hebat apabila Rossi bukan sj gagal menjaringkan gol malah melepaskan byk peluang keemasan sewaktu menentang Argentina. Bagaimanapun ketika bertemu Brazil di peringkat suku akhir, Itali menang 3-2 melalui hatrik Rossi. Kejayaan itu melayakkan mereka ke separuh akhir bertemu Poland, dan menang 2-0. Kedua2 jaringan disumbangkan oleh Rossi. Mereka layak ke perlawanan akhir. Dalam perlawanan menentang Jerman itu, Itali menang 3-1 seterusnya menjulang gelaran JUARA. Rossi menyumbangkan 1 gol dlm perlawanan tersebut melengkapkan 6 gol sepanjang kejohanan tersebut. Pd tahun berkenaan, Rossi bukan sj meraikan kejuaraan malah turut dianugerahkan kasut emas..

:: Michel Vautrot, pengadil dr Peranchis menambahkan ms kecederaan selama 8minit dlm perlawanan separuh akhir Itali menentang Argentina pd tahun 1990 kerana terlupa wakut perlawanan.

:: Pemain Uruguay, Jose Batista dibuang padang hanya selepas 56 saat beraksi menentang Scotland dlm Piala Dunia 1986. Penyingkiran itu berlaku disebabkan kekasaran Batista ke atas Gordon Strachan. Selepas terikat 0-0 dlm pusingan pertama, Uruguay menang ke atas Scotland pd pusingan berikutnya.

:: Emeriah Arab Bersatu (UAE) memang tahu ia tidak akan menjadi juara Piala Dunia 1990. Bagaimanapun negara yg kaya dgn minyak itu berjanji akn memberi ganjaran istimewa utk setiap gol yg dijaringkan oleh pemainnya. Seperti yg diramal, UAE mengalami 3 kekalahan berturut2 tetapi pemain mereka berjaya menjaringkan 2 gol dlm perlawanan tersebut. Sebagai imbuhan kedua2 pemain itu dihadiahkan sebuahRolls Royce setiap seorang.

:: Alfred Ramsey, pengurus pasukan England dlm Piala Dunia 1966 berlari keluar dr padang sebaik sj pengadil meniupkan wisel penamat. Dlm perlawanan itu England menewaskan Argentina di peringkat suku akhir dgn jaringan 1-0. Ramsey berlari bkn utk meraikan kejayaan tersebut, tetapi utk menghalang pemain England drp bertukar2 jersi dgn pemain Argentina. Rmasey dlm kenyataannya berkata: "Jangan bertukar2 jersi dgn haiwan!"

:: Walter Zenga adalah satu2nya penjaga gol yg beraksi dlm 6 perlawanan (517minit) tanpa meloloskan walau satu gol pun ketika Piala Dunia 1990.

:: Pd tahun 1974, penjaga gol Zaire, Muampa Kazadi meloloskan 3 gol dlm hny 22 minit perlawanan berlangsung menyebabkan dia ditukarkan dgn Dimbi Tulilandu. Bagaimanapun penggantian pemain itu tidak dpt menghalang Yugoslavia meneruskan penguasaan mereka dgn menjaringkan 6 lg gol. Yugoslavia menang 9-0

:: Ketika pelawanan menentang Norway sedang berlangsung,Ray Houghton,permain Republik Ireland telah berlari garisan tepi.Permain itu sebenar berlari mendapatkan air di luar padang tetapi ketika itu bola dihantar kepadanya dan Houghton tiada pilihan selain meneruskan permainan.Akibatnya,dia dilayangkan kad kuning.Perlawanan yg berakhir 0-0 itu berlangsung di Amerika Syarikat dlm Piala Dunia 1994.

:: Pertemuan Peranchis dgn Argentina pd Piala Dunia 1930 di Uruguay tlh menimbulkan kesudahan yg kontroversi apabila pengadil meniup wisel penamat 6minit lebih awal. Setelah menghadapi bantahan drp pemain Peranchis , pengadil memutuskan utk menyambung kembali perlawanan tersebut. Disebabkan itu mereka terpaksa memanggil semula para pemain yg sudah berada dalam bilik mandi! Perlawanan berakhir dgn Peranchis tewas 1-0 kpd Argentina.

:: Tinggal 50hari sj lagi sebelum pertandingan Piala Dunia 1994 berlangsung tetapi jurulatuh Itali, Arrigo Sacchi belum menyenaraikan nama para pemainnya. Akibatnya Sacchi dikecam oleh seluruh penduduk Itali. Bagaimanapun dlm pertandingan itu Itali mendapat tpt ke2. Ia cuma kalah di tangan Brazil dlm perlawanan akhir yg ditentukan melalui sepakan penalti (2-3)!.

:: Pengadil Piala Dunia, Byron Moreno dari Equador digantung utk 20 perlawanan dan diletakan di bwh siasatan Persatuan Bolasepak Amerika Selatan selepas pengadilan kontroversinya dlm pertemuan Itali dan Korea Selatan ketika Piala Dunia 2002. Moreno bukan sj memberi sepakan penalti kpd Korea Selatan malah menafikan gol yg dijaringkan oleh Damiano Tamassi. Pengadilan 'berat sebelah' Moreno itu menyebabkan Itali tumbang kkp Korea Selatan 2-1.

:: Penduduk Amerika Utara terkejut sewaktu mengunjungi Korea pd Piala Dunia 2002 setelah mendapati daging anjing menadi makanan istimewa bg penduduk di sana. Terdapat kira2 6000 restoran menawarkan daging anjing ygdi masak sup, sandwic dan burger.

:: Jangan terkejut Indonesia pernah melayakan diri ke pusingan akhir Piala Dunia. Ia dilakukan pd 1938 di Peranchis menjaadikannya wakil pertama dr benua Asia ke pertandingan tersebut. Indonesia ketika itu menggunakan nama Netherlands Antilles bagaimanapun pulang awal selepas tewas 0-6 kpd Hungary dlm pusingan pertama.

sumber : mastika

Saturday, May 10, 2008

Ambil kalkulator ataupon henpon anda skrg..dn cuba langkah2 yg diberi di bwh ni..ok
: masukkan 3 no pertama no henpon anda.
: darab ngan 80
: tambah plak ngan 1
: darab 250
: campokkan ngan 4 no terakhir tpon anda..
: sekali lg campokkan 4 no terakhir spt di atas
: tolak pulak ngan 250
: akhir sekali bagi 2.
cuba tgk skrin tuh tol x no hp anda?lau xbetol cuba lg..
mungkin ada tersilap kt mana2..slmt mencoba

Semasa pertempuran dan bom mengebom berlaku di Sri Lanka
tidak berapa lama dulu,
2 org gerila Tamil Eelam merancang utk
memusnahkan bangunan Parlimen di negara
tersebut. Mereka
membawa 2 guni berisi bom dn diletakkan di bwh kerusi dpn.

VROOOM..kete dipandu ke bangunan parlimen Sri Lanka.
Sejurus sebelom sampai,
pengganaz di kusi dpn bertanya,
"dey tambi..apa jd kalo ini bom meletop skrg?" sambil

tepok bahu kwnnya..pengganas yg sdg memandu itu menjwb..
"jangan risau...aku ada bawak bom spare kt bwh kerusi blkg.."
ngehngeh

Friday, May 9, 2008

bizi banget di JBSB 8hb aritu n 2,3 hari sblmnyer
..nk TENDER..kwn meninggal lg..waduh mumet kepala bapak..

tgkla aku n the geng wat kejer..dwg kena susun dulu..
kena check cukup idak..cop lg..


tgk la tu..ramey kn..engr pn kena tolong.aku lg la kena..
sb aku tukang ambik gambo je..hekhek


ats nih bos aku no3..dh dpt kete baru sb JBSB untun byk..
tp bonos x bg pon..puit..kelukuit.

pic ats..iswat,juki&mamatkasim bekejesama sbg
tukang selak n cop..rajin dorang nih..


antara dwg2 yg dh siap(baru separuh ni)..
ade
r g yg xsiap sb abg2 hindraf lambat wat printingnyer..

abih siap dh tender(walopon lewat sehari)
lehla balik awl skit..ngeteh yuk..
bos mau belanjer(belanja ayak teh ngan roti 60sen jer)