ikle

tett

Sunday, April 20, 2008

perjalanan yg jauh..

SEREMBAN: Che Siti Nor Azreen, 13, remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak tiga bulan lalu sebelum ditemui di Lombok Timur, Indonesia sudah tidak sabar untuk pulang ke tanah air kerana terlalu rindukan keluarga terutama ibunya.Nor Azreen menyatakan perkara itu selepas bertemu bapanya, Che Ishak Che Kob, 47, pagi kelmarin di Jabatan Kebajikan Sosial Lombok Timur hasil bantuan organisasi sukarela yang bertanggungjawab terhadap buruh Indonesia, Migrant Care.Pengarah Eksekutif Migrant Care, Anis Hidayah, berkata sejak berpisah dengan keluarganya, Nor Azreen dilihat sedih dan terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan berlainan di Indonesia.

“Dia masih kanak-kanak dan perkara sedemikian membuatkan dia sedih tambahan pula terpaksa berpisah dengan keluarga.
“Pertemuan dengan bapanya semalam (kelmarin) mengubat rindu tetapi dia menyatakan mahu pulang ke Malaysia secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi di Indonesia.

No comments: