ikle

tett

Tuesday, April 29, 2008

LUASNYA NERAKA..

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Buat sahabat semua & sy sendiri...bacalah....

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah
kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga
kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,
namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala
ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....
.: Luasnya Neraka :.
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada
Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah
mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau
berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh
supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg
mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu
benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'
Lalu Nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'
Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan
selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun
sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam
gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus
engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan
dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli
neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati
penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus
engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut
dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke
bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung
barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur
kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya
besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya
potongan2 api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada
bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'
Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu
rumah kami?'
Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari
lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu
lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih
bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir
setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun
sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu ke2 tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ke3 tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke4 tmpt Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg
sampai mati belum sempat bertaubat.'
Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,
sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga
sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh
besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku
yang akan masuk ke dalam neraka?'
Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'
Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian
Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk
sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan
bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari
kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita
semua.....Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah
Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu
dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

Saturday, April 26, 2008

Terdapat banyak spesies labah2 yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki mereka utk dijadikan makanan pd anak2nya yg baru menetas. Tujuannya utk mengelakkan anak2nya drp memakan sesama sendiri.

Kuda belang mempunyai kombinasi warna yg sangat menarik iaiyu hitam dan putih. Tetapi Apakah warna asas bagi haiwan itu. Jawapannya ialah putih. Hitam adalah jalur atau belangnya.

Planet Pluto perlu mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Walaupun begitu, seriap tahun juga planet ini mengubah orbitnya bagi mengelak drp berlanggar dgn planet Neptune.

Semua planet dlm sistem solar dinamakan mengikut mitos Yunani dan Rom kecuali Uranus. Planet tersebut mendapat nama berdasarkan salah satu watak dlm drama Shakespeare.

Olympus Mons merupakan gunung berapi paling besar dlm sistem suria. Ia terletak di planet Marikh.

Walaupun terdapat 207 buah negara di dunia ini, tetapi hanya empat buah negara saja bermula dgn abjad `D' iaitu Denmark, Dominica, Djibouti dan Republik Dominica.

Lebih banyak gajah liar yg hidup di negara Sepanyol jika dibandingkan dgn Kenya.

Setiap 23 minit , satu pembunuhan akan berlaku di Amerika Syarikat. Ini bermakna 22,852 kes bunuh berlaku setiap tahun di negara itu. Kejam sungguh orang Amerika ini, ya!!

Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, sama ada ditikam atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan tekanan yg cukup kuat, ia berupaya mengepam darah pd kadar 10meter padu sesaat.

Terdapat 2 jenis ular di Pulau Hawaii. Pertamanya, ular laut yg jarang di temui dan ke2, ular buta yg hidup seperti cacing tanah di pulau itu.

Negara terakhir di dlm dunia menerima kemudahan telefon ialah Bhutan yg terletak di Banjaran Himalaya. Negara tersebut langsung tidak mempunyai hubungan dgn dunia luar sehinggalah pd tahun 1981..

Cacing gergasi Australia merupakan cacing terpanjang di dunia. Ia boleh membesar sehingga 2 meter.

Perkataan nilon dieja sebagai nylon berasal drp singkatan nama 2 buah bandar iaitu New York dan London, kerana nilon mula2 dijumpai di ke dua2 bandar tersebut.

Seorang kanak2 boleh menghabiskan byk masa utk mempelajari sesuatu yg baru melalui TV. Tetapi perata seorg kanak2 menghabiskan masanya menonton TV adalah kira2 28jam seminhhu iaitu sama banyak dgn masa mereka di sekolah.

Ada 3 jenis manusia di muka bumi ini. Pertama, yg belajar kesilapan sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. Ke2, yg belajar drp pengalaman org lain; mereka ini boleh dikatakan golongan cerdik dn menikmati kegembiraan dlm hidupnya. Ke3nya pula, yg tidak belajar drp pengalaman diri sendiri mahupun org lain; mereka itulah yg hanyut dgn kebodonhan sendiri.

Bagaimana unta dpt melindungi matanya di kawasan padang pasir? Ini kerana unta mempunyai 3 lapisan kelopak mata.

Di Florida, Amerika Syarikat, terdapat syarikat insurans yg menawarkan perlindungan drp diculik makhluk asing.

Sumber
mastika

Wednesday, April 23, 2008

mcD B.P.

ADAM, mamanyer
dan pamannyer
ngah peluk2 unclenye
yg udah lama xjumpa..

ini surat blsan dari abang utk ayang..

Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..

sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa...hahahhahahahahha

Sunday, April 20, 2008

main-main

perjalanan yg jauh..

SEREMBAN: Che Siti Nor Azreen, 13, remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak tiga bulan lalu sebelum ditemui di Lombok Timur, Indonesia sudah tidak sabar untuk pulang ke tanah air kerana terlalu rindukan keluarga terutama ibunya.Nor Azreen menyatakan perkara itu selepas bertemu bapanya, Che Ishak Che Kob, 47, pagi kelmarin di Jabatan Kebajikan Sosial Lombok Timur hasil bantuan organisasi sukarela yang bertanggungjawab terhadap buruh Indonesia, Migrant Care.Pengarah Eksekutif Migrant Care, Anis Hidayah, berkata sejak berpisah dengan keluarganya, Nor Azreen dilihat sedih dan terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan berlainan di Indonesia.

“Dia masih kanak-kanak dan perkara sedemikian membuatkan dia sedih tambahan pula terpaksa berpisah dengan keluarga.
“Pertemuan dengan bapanya semalam (kelmarin) mengubat rindu tetapi dia menyatakan mahu pulang ke Malaysia secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi di Indonesia.

Saturday, April 19, 2008

Cerita pemandu bas ngan awek seksi..

Pada Isnin 12 Julai 2007, seorang pemandu bas Lindau, Jerman mengejutkan apb mengugut hendak mencampak seorg gadis keluar dari bas yang dipandunya. Sbbnya, gadis itu memakai pakaian yang terlalu seksi. Gadis tersebut, Deboara Cahn, sewaktu mengadu kejadian tersebut kepada akhbar Blid memberitahu, pemandu bas itu tiba2 saja menghentikan kenderaan tersebut, kemudian berpaling ke arahnya dan menjerit, "Bonjol2an di badan kamu mengganggu perhatian saya setiap kali saya memandang ke arah cermin! Saya tak dapat beri tumpuan kpd lalu lintas! Kalau kamu tak pindah ke kerusi lain..saya akan campak kamu ke luar bas.!"Debora, 20, yang bekerja sebagai kerani jualan memberitahu akhbar berkenaan, dia berpindah ke kerusi lain, tetapi pemandu bas tersebut tetap juga memarahinya. Sewaktu tampil ke pejabat akhbar berkenaan, Debora memakai pakaian sendat musim panas yang mendedahkan bonjolan2 ngeri didadanya. Itulah pakaian yang dipakai Debora hingga menyebabkan dia hampir dihumban keluar dari bas, kecuali baju biru berlengan panjang. Apabila diminta memberi komen, jurucakap wyarikat bas terbabit mempertahankan tindakan pemandunya. Kata jurucakap itu, pemandu itutelah melakukan sesuatu yg betol. "Tumpuan pemandu bas tidak boleh diganggu kerana ia boleh membahayakan nyawa penumpang lain," tegas jurucakap itu.

Thursday, April 17, 2008

Surat dr ayang..

Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance...ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,
ayang

Wednesday, April 16, 2008

Sheikh Muhammad Jibreel

bkn itu doa sy..

Pertandingan akhir kereta lumba mainan akn bermula sbtr lagi.Org ramai mengelilingi kawasan perlumbaan di pdg itu untuk memberikan sokongan kepada 5 orang kanak2 yg akn mempamer kehebatan kereta mainan masing2. Semuanya buatan sendiri sb memg begitulah peraturannya. Salah seorg peserta pertandingan akhir bernama Ahmad. Keretanya paling tdk menarik. Ia hanya dibuat dgn kayu yg sederhana dn sdikit lampu kedipdi atsnya. Bentuknya tdk sebanding langsung dgn kereta mainan para peserta lainyg diperbuat menggunakn kayu berkualiti, cat dn warna yg menarikserta kemasbuatannya. Namun, Ahmad bangga sb kereta itu buatannya tgnnya sendiri. Saat yg dinantikan semakin hampir. Setiap kanak2 sudah bersiap di garis mula utk mendorong kereta masing2 melalui lorong yg berlingkar2 itu.
......Beberapa detik sblm perlumbaan bermula, Ahmad dilihat terkumat-kamit. Matanaya terpejam, tangannya diangkat dn dia memanjatkan doa kpd Ilahi.Kemudian, dia berkata, "Sy sudah sedia!".PPOMMM!!!! Tembakan dilepaskantanda pertandingan bermula. Dgn satu hentakan kuat, 5 kanak2 tadi mendorong kereta masing2 selaju yg boleh. Semua kereta meluncur dgn deras. Org ramai bersorak memberi sokongan.
"Cepat! Cepat! Laju lagi! Laju!!" jerit kanak2 itu termasuk Ahmad. Garis penamat semakin hampir dan..Ahmad diumumkan pemenangnya. "Alhamdulillah, terimakasih ya Allah," kata Ahmad sebaik keretanya melepasi garisan penamat. Saat penganugerahan piala tiba, Ahamd melangkah ke depan. Sebelum piala itu diserahkn kpdnya, ketua pengadil bertanya, "Hai juara, pasti tadi kamu berdoa kpd Allah supaya kamu menang, kan?"
......Ahmad terkejut. "Bukan, cikgu! Bukan itu yg sy panjatkan," jawab Ahmad. "Tak adil kalau kalau sy meminta kpd Allah utk menolong sy mengalahkan kwn2 sy yg lain. Ay sebenarnya memohon kpd Allah supaya sy tak menangis kalau sy kalah."
......Semua hadirin terdiam mendengar kata2 kanak2 itu.

Sunday, April 13, 2008

sukernye dia...

ekspresi wajah adam bila momanyer nk bwk g jenjalan..hehe

Saturday, April 12, 2008

sisipan pg sabtu..

Semasa sdg berjln2, Saad Abi Waqash terdgr seorg
lelaki sedang menghina2 Sayidina Ali, Talhah Abi Talhah dan
Zubair al-Awwam. Apabila dinasihat menghentikan cercaannya,
lelaki itu enggan. Saad memberi amaran dia akan berdoa kpd
Allah agar memberi bencana jika lelaki itu meneruskan
perbuatannya. Pun lelaki tersebut memperleceh amarannya.
......Lantas Saad Abi Waqash mengambil wuduk dan
bersembahyang 2 rakaat. Selesai solat dia mengangkat tangan
seraya berkata, " Ya Allah, sekiranya mengikut ilmu-Mu orang
itu telah memaki segolongan orang yang telah beroleh kebaikan
dari-Mu, dan tindakannya itu telah menyebabkan murka-Mu,
maka aku mohon kepada-Mu supaya memberi pengajaran
kepadanya."
......Sebaik Saad Abi Waqash selesai berdoa tiba2 muncul seekor
unta yg sgt liar . Unta yg entah dari mana dtgnya itu merengus2
bagai mencari sesuatu. Ia berlari2 ke sana ke mari dlm
keadaan marah. Ia meredah org ramai dan sebaik npk lelaki
yg mencaci Sayidina Ali, Talhah dan Zubair tadi, ia terus
menendang lelaki tersebut. Kemudian unta itu melompat2
di atas bdnnya hgga lelaki itu mati dlm keadaan yg mengerikan.

Friday, April 11, 2008

Mari lihat betapa bijaknya anda...
(di harap scroll dikit2 yah..moga xniru jwbn di dwh..)


Ujian Dementia
Betapa cekapnya anda!!

Di bawah ada (4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan
pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?


Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda....



Ready? GO!!! (lihat bawah)


Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua
Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~

Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda
salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya,
tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan
kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?

Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir,
jadi anda di tempat...?

(lihat bawah)

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~

Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda
salah lagi..
siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh
memotong orang yang terakhir?


Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.?

Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan
tanpa
menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan
pensil atau mesen
kira-kira Cuba lah...

Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000.
Campur lagi 30 ....
Campur lagi 1000 . Campur lagi 20...
Campur lagi 1000 . Campur lagi 10...

Berapa kah jumlah semua?

Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~

Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan sebanar adalah 4100.



Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini
bukan hari anda
kan? Mungkin anda boleh jawab soalan yang
akhir ini dengan betul ... Cuba.


Soalan keempat:

Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4.
Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~

Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!

Okay, cuba jawab soalan bonus:

Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang
berus gigi. Dengan
mengayakan lakunan memberus gigi ia
berjaya menerangkan hasratnya kepada

pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata
hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?


~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~

Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati

Mudah sahaja.

HANTARKAN KEPADA BIJAK PANDAI YANG LAIN ATAU
KEPADA YANG MERASKAN DIRI
MEREKA BIJAK.

Tapi kalau dah lembap tu lembap jugak...............!@#$%&?


Selamat bergembira.. ...

:: udah beberapa kali baca..pn silap lg..byk mkn kura-kura kut..hehe

Wednesday, April 9, 2008

Ruangan Gossip ini minggu..

Murai Batu (bukan nama sebenar)memang tak faham betul dgn.
perangai seorang aktres miang
ni.Sebenarnya dah lama Murai
Batu dengar tentang sikap dan perangai dia
yang suka sangat
menggoda dan menggatal dengan 'orang punya'. (Fasha
Sengal)
'Orang punya' di sini termaktub dalam kategori sama ada,
boyfriend
orang atau pun laki orang. Entahlah, agaknya memg
dia ni jenis manusia
yg mencapai kepuasan apabila buat skandal
senyap-senyap dengan orang lain
punya.
Orangnya bukanlah tak cantik tapi terus teranglah, bagi Murai
Batu mutu
lakonannya belum sampai ke tahap Kelas A lagi.
So-So ajer.
Khabarnya, dulu, pelakon miang itu pernah muncul
dlm kehidupan
sepasang suami isteri dari kalangan artis sampai
haru-biru dibuatnya rumah
tangga mereka. (ERRA & YUSRI).
Lepas tu, dia keluar pula dengan seorang aktor kacak
(PIERE ANDRE anak
pelakon Khatijah Tan) yang sudah ada
kekasih hati ( YANA , pelakon n
model) selepas mereka ber2
digandingkan dalam filem 9 SEPTEMBER, sampai
hubungan
keduanya putus ditengah jalan.
Kemudian pelakon miang
ni dilihat keluar dating dan bermanja-manja di
panggung
wayang dengan aktor kacak lain (FARID KAMIL) sehingga
hubungan
dengan couple nya (IRMA HASMAY, pelakon Bella)
itu akhirnya hancur
berkecai!
Hujung tahun lalu, Murai Batu mula dengar yang dia cuba
menggatal pulak
dengan suami seorang pelakon terkenal.
Tuhan punya kuasa, akhirnya SMS

yang dihantarnya kantoi dan dibaca sendiri oleh si isteri
berkenaan!
(NORA DANISH aka PUTERI!)
Yang tak tahan tu, dalam SMS terbabit, pelakon miang itu
sedap-sedap
membahasakan dirinya sebagai Baby dan yang
bestnya, dia sedang berada
dalam keadaan mabuk!
Hai, mabuk apa? Mabuk laut, mabuk cinta, mabuk

arak?Yg npk murahannya, apabila si isteri itu menelefon dan
bertanya
kenapa pelakon miang itu cuba mengorat suaminya
(TOH MUDA RIZAL
ASHRAM), dia terus pura-pura
berlakon jadi orang lain dan menukar nama.

Amboih, pandai pulak tukar nama walhal suaranya yang lemak
merdu itu
bukannya orang tak kenal!
Kemudian mereka terus bertekak sehingga si isteri itu
memanggilnya
slut. Mendengar gelaran itu, tahu pula dia nak
naik angin satu badan!

Esoknya, mereka bersoal jawab lagi dalam telefon tapi dia tetap
menafikannya. Tambah dramatik, dia mendakwa sebenarnya
mahu menghantar
pesanan gatal itu itu kepada lelaki lain
(anak VIP dan bekas kekasih
penyanyi terkenal dari Sarawak ).
Murai Batu difahamkan, kes hangat itu cuba nak ditenggelamkan
begitu
saja kerana si isteri tadi memikirkan tahap mentalitinya
bukan murah mcm
pelakon miang itu dan suaminya pula ada
kedudukan iaitu anak somebody
(Tan Sri Ramli Ngah Talib).
Tapi yg peliknya, baru-baru ini, cerita itu ditimbulkan sendiri
oleh
pelakon miang tadi atas tujuan publisiti murahan! Hai, nak
tagih undi
sempena pilihan raya ke ?. ABPBH kan dah dekat.
Lebih menarik, seorang pelakon terkenal, baru-baru ini
berseloroh
bahawa dia akan 'menghadiahkan kasut' bertumit
yang tidak kurang 4 inci ke
muka pelakon miang itu andai
kata dia cuba menggoda suaminya yang baru
dikahwini.
Murai Batu nak tanya, kasut apa - LV ? Ferragamo? Tapi

seorang teman Murai Batu melawak, yang paling sesuai rasanya
kasut kayu
atau terompah aje.
Tapi dalam hal ini, Murai Batu sebenarnya tidak salahkan juga
pelakon
miang itu. Orang Melayu dah lama kata, tepuk sebelah
tangan berbunyi ke ?
Tapi pokok pangkalnya, dari sudut ekonomi,
kenalah ada elemen-elemen
permintaan dan penawaran.
Tak gitu?. Tepuk sebelah tangan tak berbunyi
oiiii...

MURAI BATU: Dah dengar cerita pula, dia sedang 'kerabat' seorang
kerabat diraja. Hai, nak jadi permaisuri pulak ke ?


Tuesday, April 8, 2008

teruskan..

Antara senarai barangan dari Belanda (Holland).
Maklumat diperolehi dari laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) -

1. Duyvis - makanan ringan
2. Lego - Kismis
3. Dutch Lady - susu
4. Ferrero Roche - coklat
5. Kieldsens - coklat
6. Venz - mentega coklat
7. Kinder Bueno - Coklat
8. Wall's - Aiskrim
dan lagi....
1. Pickwick - teh
2. Lipton - teh
3. Knorr - perisa makanan
4. Bertolli - minyak masak
5. Gouda - keju
6. Doriana - keju krim
7. Planta - magerin
8. Lady's Choice - magerin
9. Sunlight - magerinn/pencuci pinggan
10. Clear - shampoo
11. Sunsilk - shampoo
12. Cif - pencuci lantai
13. Robin - pencuci lantai/pakaian
14. Ariel - pencuci lantai/pakaian
15. Omo - pencuci lantai/pakaian
16. Breeze - pencuci kain
17. Sun - pencuci kain
18. Surf - pencuci kain
19. Wishbone - pencuci kain
20. Dove - mandian
21. Lux - mandian
22. Radiant - deodoran
23. Rexona - deodoran
24. Fair & Lovely - produk kecantikan
25. Ponds - produk kecantikan
26. Labello - lip balm
27. Vaseline - lip balm
28. Slimfast - produl pelangsing
29. Ing - Insurans
30. Philips - barangan elektrik
31. Shell - minyak
32. Unilever - Syarikat

Friday, April 4, 2008

apa kita boleh buat kalau ISLAM dihina..

Umat Islam memandang serius filem FITNA yang dihasilkan oleh Geert Wilders, seorang ahli parlimen Belanda, yang kini ditayangkan di dalam internet di seluruh dunia melalui you tube.

Filem Fitna itu, yang disiarkan selama 15 minit dalam sebuah laman web pada 27 Mac, mengkritik Islam, dan ayat Qur'an digunakan dengan sewenang-wenangnya dan tidak mengikut konteks.

Ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah Al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengeluar filem Belanda Theo van Gogh di Amsterdam street pada akhir tahun itu.

Sedikit tentang sibangsat Geert Wilder. Beragama Roman Katholik dan pernah berjuang bersama tentera Israel. Si Bangsat ini pernah menyaran umat Islam negaranya supaya mengoyak Al Quran jika ingin menetap di Belanda. Juga pernah menyatakan bahawa sekiranya Nabi Junjungan kita masih hidup, baginda akan disenaraikan sebagai pengganas.
Kenali Musuh anda !!!

muka pon dah mcm babi..

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir semalam agar produk Belanda dipulaukan hanya mendapat perlian sinis daripada blog pro-zionis dan anti-Islamis seperti Jihad watch dan sebagainya.

Mereka berkata bahawa negara Belanda akan lebih kaya jikalau produk mereka di pulaukan oleh orang Islam kerana negara Eropah pula yang akan membeli produk mereka. Malah mereka memerli dengan mengatakan ekonomi mereka tidak terjejas dengan pemulauan produk ini kerana negara Islam adalah negara miskin. Denmark pernah mengalami kerugian USD 1.5 juta sehari kerana pemulauan barangan mereka.

Maka, marilah kita sama-sama melaksanakan kewajipan ini agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan yang sewajarnya.

Saya menyeru agar semua pembaca bersama-sama memboikot produk yang dihasilkan oleh Belanda.

3 Produk utama (yang disenaraikan oleh PPIM) ialah :-

Minyak Shell

. Dutch Lady

. Philips

Produk2 lain antaranya:



Wallahu A'lam.

Wednesday, April 2, 2008

cencurut..

LUNCH TIME BEB..lps mkn ns/mi grg
xtau apa nk buat borink sgt..mkn kacang skit..
milo pon bleh hlg dahaga..rs pening2 myk cap
kapak terbang pn redi dh..sbl2 tu jgk2 blog kwn2..