ikle

tett

Friday, March 6, 2009

Fadhilat Majlis Zikir
Pernah suatu ketika Rasulullah saw bersabda : "Allah Taala mempunyai malaikat yang ditugaskan mencari majlis zikir. Sebaik-baik saja mereka menjumpai, mereka duduk bersama-sama orang yang berzikir itu serta memanggil malaikat-malaikat yang lain. Mereka akan datang mengelilingi majlis zikir itu dengan sayap-sayapnya sehingga memenuhi ruang antara mereka dengan langit dunia.
Apabila majlis itu tamat, para malaikat akan naik kembali ke langit, lalu Allah bertanya kepada mereka : "Wahai para malaikat-Ku, dari mana kamu semua?." Jawab malaikat: "Ya Tuhan kami, sesungguh kami baru sahaja balik dari memeriksa hamba-hamba-Mu yang bertasbih, bertakbir, bertahlil dan bertahmid serta memohon kepada Mu." Allah berfirman: 'Wahai para malaikat-Ku, apakah yang mereka mintakan kepada-Ku?". Lantas malaikat menjawab: "Hamba-hamba-Mu itu memohon syurga dan dibebaskan daripada azab api neraka." Malaikat berkata lagi "Ya Allah, di antara mereka terdapat seorang hamba yang penuh dengan dosa." Maka Allah berfirman: "Orang itu pun aku ampuni, begitu juga dengan setiap orang yang terlibat dalam majlis itu tidak ada yang celaka."

:: Semoga aku menjadi orang yang seorang itu



:tsk:

2 comments:

iMz said...

insyaallah...

Diarihatiku1976 said...

ada terdetik nak byk berzikir.. tetapi benda yg baik ni kadang-kadang kita alpa dirasyuk syaitan.. moga-moga allah ampunkan segala dosa yg ada.. amin