ikle

tett

Monday, May 12, 2008

:: Andreas Escobar tersungkur di parkir kereta. Teman wanitanya tergamam apabila pembunuh itu menjerit `GOL!' setiap kali tembakan dilepaskan. Escobar mati serta merta dgn 12 kesan tembakan di seluruh anggota. Insedin pd 2 julai 1994 itu berlaku di luar sebuah bar di pinggir bandar Medellin, Colombia. Escobar yg dilahirkan pd 13mac 1967, adalah salah seorang pemain pasukan Colombia dlm Piala Dunia 1994. Dia dibunuh akibat menjaringkan gol sendiri semasa menentang Amerika Syarikat dlm perlwnan ke2 kumpulan A. Perlawannan yg berlangsung pd 22jun1994 itu menyaksikan Amerika Syarikat mengalahkan Colombia, 2-1 dan kekalahan itu tidak lain tidak bukan disebabkan oleh jaringan sendiri oleh Escobar. Akibat kesilapannya..Colombia tersingkir awal. Pd jun 1995, Mahkamah Tinggi Columbia menjatuhkan hukuman penjara 43tahun ke atas pembunuh itu, Humberto Munoz Castro, seorang pengawal peribadi. Bagaimanapun hukuman itu dikurangkan kpd 26tahun dan Munoz dibebaskan pd 2005 kerana berkelakuan baik. Begitulah `kejamnya' Piala Dunia kpd peminat fanatiknya. Bagaimanapun, tragedi yg menimpa Andreas Escobar hanyalah cebisan kecil drp pelbagai insiden sejak pertandingan itu bermula 1930. Di bwh ini disenaraikan mcm2 kisah aneh, lucu dn menakjubkan yg berlaku sepanjang sejarah Piala Dunia.gol sendiri oleh Escobar yg menyebabkan kematiannya

:: Pada tahun 1960, Chile digemparkn dgn gempabumi dahsyat mengorbankan hampri 5000 nyawa.
Kepada kebanyakan org, saat itu adalah masa utk berkabung..tetapi Presiden FA Chile, Dittborn mempunyai fikiran berbeza. Dia menggunakan bencana tersebut sbg peluang keemasan utk melobi negaranya menjadi tuan rumah Piala Dunia, walaupun Argentina merupakan calon yg dianngap paling layak. Kempen Dittborn berjaya apabila FIFA mengisytiharkan Chile sebagai penganjur Piala Dunia 1962. ittborn apabila ditanya perasaannya berkata : "Kita sudah tiasa apa2...sebab iotulah kita perlu "memiliki" Piala Dunia.

:: India menarik diri drp pusingan kelayakan Piala Dunia pd 1950 setelah FIFA mengumumkan bahawa pemain diwajibkan memakai kasut bola sedangkan mereka gemar berkaki ayam..

:: Pemain legenda England, Bobby Moore sebenarnya berperang dgn penyakit kanser seblum beliau beraksi dn seterusnya memenangi Piala Dunia 1996. Penyakit itu Moore rahsiakan dn diketahui setelah beliau meninggal disebabkan penyakit berkenaan pd 1993.

:: Trofi Piala Dunia, `Jules Rimet Trophy', yg dicuri pd Mac1966, berjaya ditemui
semula oleh seekor anjing bernama Pickles dlm kaw semak di Beulah Hill, London..4bulan sblm pertandingan itu berlangsung. Anjing yg sedang bersiar2 bersama tuannya itu menemui piala tersebut dlm sebuah bungkusan yg dibalut surat khabar seleps seminggu dilaporkan hilang sewaktu dipoamirkan di Stampex Exhidition di Central Hall, Westminster London.

:: Pd piala dunia 1982 di jerman, Enzo Bearzot, jurulatih pasukan Itali dikeritik hebat kerana menyenaraikan Paolo Rossi yg baru sj selesai menjalani hukuman atas kesalahan rasuah. Kritikan ke atas Bearzot bertambah hebat apabila Rossi bukan sj gagal menjaringkan gol malah melepaskan byk peluang keemasan sewaktu menentang Argentina. Bagaimanapun ketika bertemu Brazil di peringkat suku akhir, Itali menang 3-2 melalui hatrik Rossi. Kejayaan itu melayakkan mereka ke separuh akhir bertemu Poland, dan menang 2-0. Kedua2 jaringan disumbangkan oleh Rossi. Mereka layak ke perlawanan akhir. Dalam perlawanan menentang Jerman itu, Itali menang 3-1 seterusnya menjulang gelaran JUARA. Rossi menyumbangkan 1 gol dlm perlawanan tersebut melengkapkan 6 gol sepanjang kejohanan tersebut. Pd tahun berkenaan, Rossi bukan sj meraikan kejuaraan malah turut dianugerahkan kasut emas..

:: Michel Vautrot, pengadil dr Peranchis menambahkan ms kecederaan selama 8minit dlm perlawanan separuh akhir Itali menentang Argentina pd tahun 1990 kerana terlupa wakut perlawanan.

:: Pemain Uruguay, Jose Batista dibuang padang hanya selepas 56 saat beraksi menentang Scotland dlm Piala Dunia 1986. Penyingkiran itu berlaku disebabkan kekasaran Batista ke atas Gordon Strachan. Selepas terikat 0-0 dlm pusingan pertama, Uruguay menang ke atas Scotland pd pusingan berikutnya.

:: Emeriah Arab Bersatu (UAE) memang tahu ia tidak akan menjadi juara Piala Dunia 1990. Bagaimanapun negara yg kaya dgn minyak itu berjanji akn memberi ganjaran istimewa utk setiap gol yg dijaringkan oleh pemainnya. Seperti yg diramal, UAE mengalami 3 kekalahan berturut2 tetapi pemain mereka berjaya menjaringkan 2 gol dlm perlawanan tersebut. Sebagai imbuhan kedua2 pemain itu dihadiahkan sebuahRolls Royce setiap seorang.

:: Alfred Ramsey, pengurus pasukan England dlm Piala Dunia 1966 berlari keluar dr padang sebaik sj pengadil meniupkan wisel penamat. Dlm perlawanan itu England menewaskan Argentina di peringkat suku akhir dgn jaringan 1-0. Ramsey berlari bkn utk meraikan kejayaan tersebut, tetapi utk menghalang pemain England drp bertukar2 jersi dgn pemain Argentina. Rmasey dlm kenyataannya berkata: "Jangan bertukar2 jersi dgn haiwan!"

:: Walter Zenga adalah satu2nya penjaga gol yg beraksi dlm 6 perlawanan (517minit) tanpa meloloskan walau satu gol pun ketika Piala Dunia 1990.

:: Pd tahun 1974, penjaga gol Zaire, Muampa Kazadi meloloskan 3 gol dlm hny 22 minit perlawanan berlangsung menyebabkan dia ditukarkan dgn Dimbi Tulilandu. Bagaimanapun penggantian pemain itu tidak dpt menghalang Yugoslavia meneruskan penguasaan mereka dgn menjaringkan 6 lg gol. Yugoslavia menang 9-0

:: Ketika pelawanan menentang Norway sedang berlangsung,Ray Houghton,permain Republik Ireland telah berlari garisan tepi.Permain itu sebenar berlari mendapatkan air di luar padang tetapi ketika itu bola dihantar kepadanya dan Houghton tiada pilihan selain meneruskan permainan.Akibatnya,dia dilayangkan kad kuning.Perlawanan yg berakhir 0-0 itu berlangsung di Amerika Syarikat dlm Piala Dunia 1994.

:: Pertemuan Peranchis dgn Argentina pd Piala Dunia 1930 di Uruguay tlh menimbulkan kesudahan yg kontroversi apabila pengadil meniup wisel penamat 6minit lebih awal. Setelah menghadapi bantahan drp pemain Peranchis , pengadil memutuskan utk menyambung kembali perlawanan tersebut. Disebabkan itu mereka terpaksa memanggil semula para pemain yg sudah berada dalam bilik mandi! Perlawanan berakhir dgn Peranchis tewas 1-0 kpd Argentina.

:: Tinggal 50hari sj lagi sebelum pertandingan Piala Dunia 1994 berlangsung tetapi jurulatuh Itali, Arrigo Sacchi belum menyenaraikan nama para pemainnya. Akibatnya Sacchi dikecam oleh seluruh penduduk Itali. Bagaimanapun dlm pertandingan itu Itali mendapat tpt ke2. Ia cuma kalah di tangan Brazil dlm perlawanan akhir yg ditentukan melalui sepakan penalti (2-3)!.

:: Pengadil Piala Dunia, Byron Moreno dari Equador digantung utk 20 perlawanan dan diletakan di bwh siasatan Persatuan Bolasepak Amerika Selatan selepas pengadilan kontroversinya dlm pertemuan Itali dan Korea Selatan ketika Piala Dunia 2002. Moreno bukan sj memberi sepakan penalti kpd Korea Selatan malah menafikan gol yg dijaringkan oleh Damiano Tamassi. Pengadilan 'berat sebelah' Moreno itu menyebabkan Itali tumbang kkp Korea Selatan 2-1.

:: Penduduk Amerika Utara terkejut sewaktu mengunjungi Korea pd Piala Dunia 2002 setelah mendapati daging anjing menadi makanan istimewa bg penduduk di sana. Terdapat kira2 6000 restoran menawarkan daging anjing ygdi masak sup, sandwic dan burger.

:: Jangan terkejut Indonesia pernah melayakan diri ke pusingan akhir Piala Dunia. Ia dilakukan pd 1938 di Peranchis menjaadikannya wakil pertama dr benua Asia ke pertandingan tersebut. Indonesia ketika itu menggunakan nama Netherlands Antilles bagaimanapun pulang awal selepas tewas 0-6 kpd Hungary dlm pusingan pertama.

sumber : mastika

2 comments:

nads said...

waduh...tajuknyer aja...udah wat tergeliat lidahku...
hakhak...

iMz said...

NTAH LER...UBAHLER BAHASA TU...MCM TERROR JE CKP TU..