ikle

tett

Monday, May 26, 2008

KEAJAIBAN SEORANG IBU..
Bayi dilahirkan selepas 40minggu berada di dalam rahim ibunya. Pada bulan pertama, panjang janin kira2 satu ruas jari rangan. Bulan ke2, wajah, tangan, kaki dan jari2nya terbentuk. Pada bulan ke3, alat jantina mula kelihatan dan bulan ke4, ditiupkan roh ke dalam tubuhnya. Pada bulan ke5, debar jantungnya mula dapat dikesan. Demikianlah janin itu terus membesar, lengkap dengan organ2 dalamannya dan lahir selepas 9 bulan 10hari di dalam perut ibu. janin menempatkan kepalanya mengarah ke dinding rahim dengan sedikit ruang gerak agar ia dapat keluar (lahir) dengan mudah. Siapakah yang mengajar dan menempatkannya dalam keadaan demikian? Pastinya Dia Yang Maha Agung. Dr. Ahmad Muhamad Kan'an dalam ensiklopedia kedoktoran dan Fiqh berkata, 80 % ibu boleh melahirkan bayi tanpa dibantu oleh pihak lain. Selebihnya, 15% dengan bantuan manakala 5% lagi perlu dibedah. Seorang ibu memang akan berasa sakit semasa proses kontradiksi. Tetapi sekali lagi Yang Maha Esa membekalkan ibu dengan perasaan kasih dan sabar yang tiada bandingannya. Malah kesakitan itu dilupakan terus sebaik melihat bayinya selamat dilahirkan. Saat itu segala kesakitan hilang serta merta dan digantikan dengan perasaan gembira. Mereka menjaga bayi itu dengan penug rasa cinta. Malangnya apabila sudah besar, bukan semua anak menghargai pengorbanan dan kasih sayang ibu kepada mereka.

sumber : mastika

Siapa yang patut disembah
Suatu ketika, seorang raja bertanya kepada Nabi Ibrahim mengapa baginda tidak menyembah api seperti yg dilakukan oleh org2 lain pd zaman itu. Lalu jawab Nabi Ibrahim, "Bukankah air dapat memadamkannya?"
Raja : Kalau begitu kenapa engkau tidak menyembah air?
Nabi Ibrahim : Bukankah awan yg mengandungnya lebih kuat?
Raja : Jika demikian, sembahlah awan!
Nabi Ibrahim : Angin yg mengiring dan menolaknya lebih kuat!
Raja : Kalau demikian, engkau sembah lah angin!
Nabi Ibrahim : Manusia yg menyedut dan menghembuskannya lebih kuat drp angin. Tetapi manusia pun lemah, kerana itu yg wajar disembah adalah yg menciptakan semua itu, Pencipta langit dan bumi serta segala isinya..

sumber : mastika

:hi::wave:

2 comments:

iMz said...

seronok bila dh jadi ibu..!!

Back_to_Basic said...

pgalaman paling bez bg pompuan sure ble jdik isteri kepada lelaki yg dicintai dan menjadi ibu kpd chymata mereka...anak2,banggakan mereka mpyi ibu bapa yg bisa membuatkan mereka melihat dunia ini?kebanyakannya tidak...di mana silapnya,renungkan...

Siapa ptt disembh - insaf mbacanya.....hu2